Saturday 31 December 2011

2012

heyyy-II ! si chantekk si comel si kacak ! i just wanna to share wif you all before 2011 is  gone :'(
awakk semua .u know rite many moment+memories we make in 2011.sweet .sour.memories wif org tersygs..kawan-II..n tida dilupakan jugaa family tercinta <3 its not easy like ABC too forget itt :( this is FACT 
dengan JUJUR nyee sy banyk buad salaa untok taon nie .kat kawan-II ..especially family..hancurkan hatie my parents dengan result pMR yg ta semane tueyhh .tapie ALHAMDULLILAH syukurr lulus semua nyee ngan 3A 5B 1C dengn org tersygs tuu memg lhaa --' btw all person in this world ta perna larie dripde wat kesalahan .semestinyee :')serious ! kiter selalu wat org terluka tanpa kite sedarie ..btw saye na minta maaf kat sumee org yg mngenali diri sy :')u guyss .happy new year !bersyukurlhaa kepader Allah kerane masih pnjgkn umo kiter untuk beribadah kpdenyee :)) still sehad :) yeay!azam baru tyme! awak-II azam sy bagie 2012 nieyhh..mawu not study hard but study smart .sayee mawu tebus ksilapan sy kat my parents .straight A's in sPM ..AMINN!



Monday 26 December 2011

He IS my HeroES?


heyy(!) nie lhAA my HEROES maybe wat mse nieyhh (!)orngye tinggi meyhh*walaupun saia ta penah nmpk dye*HAHA..korng mestie na tawu sape nama dye ,haha nme dye ****** ..hee private siked :)) his name start wif capital's Z .. i love him so muchhs..walaupun dye bnyak kli sakedkan HATIE nieyhh but still saia sygkn dye*pegang prinsip senyumlhaa walaupunn dirimu disakiti* .. act dye daa adew org pnyee..tapie tatawlhaa nape sy stiill na kat dye ?? kterg pnyee status just BESTFREZZS forever ..saia knal dy melalui muka buku yg sekrg nieyhh terhangat di pasaran :) bolee diktakan jugak lhaa cinta saia nieyhh (CINTA MUKA BUKU).. yang ta bolee blhaa saia tawuu sape makwe dye..seriously SEMALAM ..makwe dye iM saia kat fB ..dye tanye 'saia ader pape ke ngn my heroes tueyhh?? ' n saia jawab just FRENZS*jawapan bohong sunat*

saia sangatsangat bingung aperkahh status HEROES sebenarnyee terhadap diriku??
walauapepunn dye ttap my heroes + my BFF :DD..
just dats!k.bai love u oulss..

Friday 25 November 2011

warkah untuk yang tersayang :)

  Terlalu mendalam rindu aku kepada mak dan abah. Umpama baru sedetik abah mendukung aku dan memimpinku bersiar-siar. Waktu berpusing dengan ligatnya, dan kini aku sudah pun dewasa. Aku sangat rindu dengan masa lalu. Saat aku masih budak hingusan. Tatkala aku boleh bermain dengan sepuas-puasnya.

Terlalu besar pengorbanan yg telah mak dan abah lakukan untukku dan adik beradikku. Masih terdetik diingatan sewaktu hidup aku susah bersama mak dan abah, sewaktu mak dan abah membanting tulang empat kerat mereka untuk memberikan kami sesuap nasi. Sewaktu rezeki masih belum menyebelahi kami. Sedih ku rasa tatkala hari raya, aku akan sentiasa memakai baju melayu abang yang lama dan sekadar membeli kasut murah di pasar-pasar malam.

Pernah juga aku yg dungu ini meminta abah membelikan kasut yg agak mahal. Namun dengan nada tenang abah memberi alasan bahawa kasut itu tidak nampak cantik padaku. Padahal aku mengerti apa di kotak fikiran abah. Kerana itu, aku pun memilih kasut yang dilonggokkan di luar kedai. Abah sendiri tidak pernah terpikir untuk membelikan kasut sebegitu untukku. Lalu, aku pun memberi alasan kasut diluar itu sgt menarik minatku. Waktu itu ku lihat air muka abah yg sebak dan nampak hiba. Aku mengerti kesukaran kami pada waktu itu. Abah sendiri entah sudah berapa tahun tidak membeli baju dan kasut baru. Apa yang aku sedihkan adalah apabila sudah berapa kali abah kemalangan sewaktu pergi dan pulang bekerja sehingga bahu yang pernah patah sewaktu kemalangan dahulu masih boleh ku lihat sehingga kini.

Abah sangat rajin mencari rezeki. Dan lama kelamaan aku dapat rasakan kehidupan aku bersama mak dan abah semakin selesa. Abah sudah mampu untuk menyenangkan hidup kami adik beradik semua dan mampu membelikan apa yg kami mahu. Tanpa abah entah apa akan terjadi kepada diriku dan keluarga. Ketabahan abah menghadapi segala macam halangan sangat aku kagumi. Kesungguhan dan semangatnya dalam membesarkan kami semua sememangnya aku hargai. Kerana abah dan emaklah aku pernah merasa hidup susah dan juga senang. Kerana mereka jualah aku mampu melihat dunia yang indah ini dan kerena mereka juga aku berada di sini.

Abah pernah berpesan kepadaku bahawa lelaki perlu rajin bekerja dan mampu memimpin keluarga. Bukan harta yang kita cari tapi ilmu di dada yang perlu kita penuhi. Iman di hati perlu sentiasa kita perbaiki. Mak dan abah juga berpesan, harta tidak akan membawa kita kemana-mana. Tapi ilmu yang menentukan dimana tempat kita di dunia. Hartalah yg mampu menjatuhkan seseorang dan apa yang perlu direbutkan dengan tanah sekangkang kera, dan wang segenggam dua. Tiada ertinya semua itu di akhirat kelak melainkan amal ibadah kita di dunia ini. Kerana itulah sehingga kini aku berpegang kuat kepada pendirian aku, menuntut ilmu bukan sekadar kerana harta, tapi tuntutlah ilmu kerana mengisi ilmu di minda.

Ya Rabbi, sesungguhnya aku bersyukur kerana telah Kau lahirkan di dalam keluarga yg bahagia. Punyai mak dan abah yg sangat menyayangi anak-anak mereka. Waktu itu, masih aku teringat di saat emak terduduk lesu sewaktu mendapat perkhabaran hiba mengenai kematian abang sulung ku. Tidak sempat arwah abang menjengah keputusan peperiksaan SPMnya, dan Allah sudah pun menyerunya tatkala kemalangan jalanraya. Aku mengerti kenapa mak dan abah sangat sedih. Manakan tidak, anak yang paling diharapkan dapat membantu mereka kelak telah pun pergi dahulu. Aku masih mentah sewaktu itu dan sekadar mampu mengulit kenangan-kenangan manis bersama arwah abang. Ku imbas ingatanku sewaktu arwah abang kerap membuliku dan sewaktu arwah abang menyelamatkan aku dan kakak ku daripada mati lemas. Kenangan itu bertalu-talu mengetuk kotak fikiranku. Untukmu abang, mengertilah bahawa kamu akan sentiasa menjadi wira di hati kami. Terima kasih abang.

Kenangan manis bersama mak dan abah yang masih terpahat di ingatanku sehingga kini adalah sewaktu aku di sekolah tadika. Pada detik itu sungguh pelik kurasakan kerana emak dan abah datang menjemputku pulang dari sekolah padahal kebiasaannya emak seorang sahaja yang akan datang. Mak dan abah terus membawa ku ke suatu tempat dan bila aku tanya kemana kita mahu pergi,mak dan abah sekadar melemparkan senyuman manis mereka. Rupa-rupanya barulah ku tahu mak dan abah membawaku ke tepi pantai yg sungguh cantik dan tenang. Kemudian mak dan abah memberikan aku alat mainan sebagai hadiah. Barulah aku tersedar bahawa hari itu adalah ulang tahun kelahiranku. Aku rasa sangat gembira pada hari itu dan berharap kenangan itu mampu ku putar kembali.

Abah adalah seorang ketua keluarga yg tegas dan masihku teringat pertama kali mendengar suara abah tersedu menangis ketika mengkhabarkan berita kematian atuk ku. Itulah kali pertama dan terakhir aku mendengar suara abah menangis dan tidak pernah ku dengar lagi selepas itu. Abah memang pandai menyembunyikan rasa kesedihannya kerana tidak mahu kami yang lain mengetahui bahawa dirinya sedang bersedih. Disaat atuk ku meninggal dunia, aku tidak mampu berada disinya kerana berada di Sarawak. Abah mengarahkan ku pulang, tapi langsung aku menolak. Hanya tuhan yg tahu apa yang ku rasakan namun percayalah… aku terpaksa. Aku tidak mahu jenazah atuk ku terbiar lama kerana menanti kepulangan ku. Cukuplah sekadar ayat-ayat suci aku sedekahkannya. Dan kukira itulah yg paling terbaik. Sebelum itu, selama sebulan lebih aku menjaga atuk di hospital kerana perlu menjalani pembedahan penukaran kornea mata, dan barulah aku tahu kenapa aku yang dipilih untuk menjaga atuk ku. Sesungguhnya Allah ingin memberi aku sisa-sisa masa yang ada untuk bersama atuk sebelum atuk ku pergi buat selamanya kerana kanser usus.

Adik-adik ku,

ingatlah bahawa hidup ini bukannya mudah. Kuatkanlah semangatmu untuk terus menuntut ilmu kerana itulah harta yang kekal abadi. Janganlah kamu semua lupa segala pengorbanan mak dan abah. Beruntungnya kamu semua kerana tidak perlu merasa kesusahan kami sebelum ini. Oleh itu,janganlah sesekali kamu semua meninggi diri dan lupa bersyukur kepada Allah kerana Dialah cinta hakiki kita. Mak dan abah adalah cinta pertama kita di dunia dan sayangi ahli keluarga yang lain. Mak dan abah adalah segala-galanya untuk kita. Sayangi dan hormatilah mereka selagi kita berpeluang, selagi mereka bernafas. Ingatlah adik-adikku,setiap yang hidup pasti akan mati. Dan tiada apa yang mampu menggantikan tempat dan kasih sayang mereka kelak.

Ingatlah, apabila kita mati terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara yg akan berlanjutan pahalanya iaitu sedekah jariah, ilmu berfaedah yang kita sampaikan dan anak yang soleh yang berdoa untuk ibu bapa mereka. Janganlah sesekali kamu lupa akan tiga perkara ini wahai adik-adikku.

Mak dan abah….

Ampunkan aku. Sesungguhnya terlalu banyak dosaku pada kamu berdua. Tidak terbalas segala jasa dan pengorbananmu. Mak dan abah tidak pernah putus untuk mendoakan kami anak-anak mu untuk berjaya. Tidak pernah mengeluh kerana menghantar kami ke sekolah. Tidak kenal lelah ketika mencari rezeki untuk kami. Anakmu ini akan sentiasa mendoakan keredhaan Allah ke atas kamu berdua dan sentiasa berdoa agar mak dan abah sentiasa dilindungi oleh Allah dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Mak dan abah,

Terima kasih kerana menjaga ku sejak kecil. Terima kasih kerana telah mendidik ku. Terima kasih kerana telah menyayangiku umpama menatang minyak yang penuh. Terima kasih kerana telah melahirkan ku. Dan...
TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA.
CINTA DUNIAKU HANYA UNTUKMU MAK DAN ABAH…..

inilah yang dikirimkan kepadaku oleh insan yang brgelar seorang abang:')
hanya untuk renungan semua:))




mak yg sangat di cintai :)


abah yang sangat dicintai :)